Ahad, 9 Mei 2010

Selamat Datang ke muslim2bizz

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya, saya diberikan peluang dan kesempatan untuk menjayakan rancangan yang sekian lama tertangguh ini.
Telah lama saya ingin mengusahakan sebuah laman web/blog yang menjadi 'ONE-STOP' untuk semua keperluan barangan dan perkhidmatan yang berteraskan Islamik, sama ada:-
  • pakaian (baju, kain, seluar, telekung, tudung, songkok, dll);
  • aksesori (brooch, butang baju melayu, hiasan rumah, stiker kenderaan, dll);
  • makanan & minuman (produk-produk IKS seperti keropok, kerepek, jus/kordial minuman, jeli, kuih raya, kek & roti, dll);
  • kesihatan & penjagaan diri (alat solek, sabun pencuci, sabun mandi, produk makanan kesihatan tambahan, alat senaman, alat kesihatan, urutan bersalin tradisional, spa, buku-buku panduan kesihatan, dll);
  • insuran & kewangan Islam (insuran kenderaan, insuran nyawa, insuran kemalangan, insuran pendidikan, pinjaman kewangan, dll)
  • pelancongan dan pengangkutan (pakej pelancongan dalam dan luar negara, pakej haji dan umrah, pakej penginapan di homestay, hotel, sewaan lori, bas, van, dll);
  • katering & pakej perkahwinan (pelamin, solekan, jurugambar, khemah, dll)
  • pendidikan (buku-buku rujukan peperiksaan awam, buku-buku & alat-alat bantu mengajar peringkat tadika/ sekolah rendah/ menengah/ kolej, barang-barang makmal, perpustakaan, barangan sukan, dll).


Justeru, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mempelawa rakan-rakan di luar sana untuk kita mengadakan usahasama ke arah mewujud dan mengembangkan perniagaan berteraskan Islamik dan 'Halalan Thoiyiba' demi memberi lebih pilihan untuk umat Islam dalam membeli barangan dan perkhidmatan yang digunakan seharian.
Jadikanlah ini sebagai 'fardhu kifayah' untuk memantap dan mengeratkan ukhwah sesama muslim. Insya'Allah, semoga dengan usaha kita bersama ini, bukan sahaja kita memperoleh keuntungan dunia, bahkan mendapat pahala.

Jadikanlah Islam sebagai cara hidup!